Buat Wasiat Hibah itu MUDAH..Saya Bantu...Jom APPLY SEKARANG!!!

Dana Pantas Untuk Waris

Dana Pantas Untuk Waris

Dana Pantas MyPusaka
Dana Pantas MyPusaka


Apabila merancang sesuatu pengurusan pusaka samada wasiat dan hibah, perlu diingat bahawa sebarang proses di mahkamah dan pejabat tanah, samada carian dan pertukaran hak milik pastinya akan melibatkan KOS KEPADA WARIS.

Apabila anda merancang, sebaiknya adalah jika juga merancang juga kos yang bakal muncul apabila pindah hak milik berlaku.

Dicadangkan 2 kaedah untuk Dana Pantas:

1- Dana Pantas daripada Tabung Haji (buat Penama)

2- Dana Pantas daripada Takaful Nyawa (buat Penama DAN BUKANNYA HIBAH!)

* Untuk merancang nilai Dana Pantas ini, anda perlu buat kiraan kasar untuk kos yang perlu ditanggung waris. Jika waris adalah suri rumah, anak bawah umur, OKU lagilah pentingnya dana pantas ni. Ada kira sendiri sebab kos terlibat adalah duti setem pindah hakmilik hartanah dan kos di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi (belum kira lagi ye).

Kalkulator Duti Setem Pindah Milik Hartanah = <KLIK SINI>


* Anda juga perlu merancang agar Dana Pantas ini digunakan untuk kos menyelesaikan hutang anda seperti bil kad kredit, bil TNB, bil air, cukai tanah, cukai streamyx, bil telefon, bil penapis air.

* Secara umumnya kita perlu menyediakan sehingga RM30K minimum untuk selesa penyelesaian.

* Perlu buat PENAMA dan bukannya HIBAH!!! Kenapa? Sebab jika dah hibah kenapa pula nak tuntut suruh bayar hutang anda dan kos kos untuk semua waris???? Kan macam tak kena tu huhuhu.
Apabila anda buat penama, KEWAJIPAN waris adalah menyelesaikan hutang. Sebelum pembahagian faradi dibuat, hutang ini boleh diselesaikan menggunakan Dana Pantas. Perlu maklum bahawa PENAMA bukan pemilik nilai duit atau pampasan takaful, tetapi adalah pemegang dan sebagai pemegang, perlu selesaikan hutang arwah sebelum dibincangkan pembahagian.



Jika anda SERIUS nak mulakan Wasiat dan Hibah, boleh whatsapp link 
Faizham = www.wasap.my/60143934888/MyPusaka

Info Lanjut = https://www.facebook.com/wasiathibahmypusaka